Sunday, March 7, 2010

Kasturi Klasik (M) Berhad

Ais Krim Mingomingo™ telah diasaskan oleh Ramli Mazlan pada akhir 2005. Beliau begitu teruja apabila melihat kesanggupan pengguna untuk beratur bagi mendapatkan ais krim.

Pengenalan
Kasturi Klasik (M) Berhad ditubuhkan pada 26th Feb. 2007. Syarikat yang diterajui oleh Encik Ramli Mazlan telah mencipta nama aiskrim lembut jenama mingomingo™. Kini Kasturi Klasik (M) Berhad mempunyai lebih 100 outlet seluruh negara.

Latarbelakang Syarikat
Kasturi Klasik (M) Berhad adalah hakmilik penuh Bumiputra. Kasturi Klasik (M) Berhad ditubuhkan dan didaftarkan pada 26 Febuari 2007 dengan modal berbayar RM2,000,000.00.

Perniagaan Aiskrim Mingomingo™ bermula pada tahun 2006 oleh Kasturi Klasik Enterprise milik Encik Ramli Mazlan. Ia bermula dengan sebuah kiosk aiskrim disebuah supermaket di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Sambutannya yang diterima sungguh menggalakkan terutama pada cuti umum dan hari perayaan. Selepas itu barulah Kasturi Klasik (M) Sdn Bhd ditubuhkan dan didaftarkan untuk memegang hak mutlak aiskrim lembut berjenama mingomingo™.

Sehingga kini Kasturi Klasik (M) Berhad telahpun mempunyai lebih daripada 100 outlet dan 500 mesin aiskrim seluruh negara di mana merangkumi pelbagai jenis pasaran seperti kiosks, café, bistro serta menyertai pelbagai karnival, pasar malam rumah terbuka, perkahwinan dll.

Matlamat syarikat, pada hujung tahun 2010, Kasturi Klasik (M) Bhd merancang untuk mengeluarkan mesin aiskrimnya sendiri menggunakan teknologi Amerika Syarikat seiring dengan matlamat Kempen Beli Barangan Malaysia.

Kasturi Klasik (M) Berhad telah melebarkan sayapnya ke Indonesia pada 1 Oktober 2009 dengan penubuhan KKI Universal.


Sijil Halal Ais Krim Mingomingo™



Surat Sokongan Pemadanan Perniagaan Dari SKM



Surat Perlantikan Rakaniaga TEKUN Nasional